Saturday, December 22, 2018

Rindu

Hai semua! Assalamualaik.. Lupa plak. Okay, saya ni budak baru belajar menulis di blog. Jadi, terimalah luahan hati saya ni. 

Pada tanggal 18.12.18
Dia telah kembali ke pangkuan keluarga tercinta. Meninggalkan aku yang kesepian . Dia, aku gelar sebagai 'Kak Umi'. Dia aku nak sebut pembantu rumah, aku tak menganggap dia sebegitu. Dia umpama kakak aku, ibu aku dan sahabat aku. Dia start kerja dengan keluarga aku ketika aku berumur 1 bulan. See? Dah 13 tahun dia dengan aku. Takkan aku nak anggap dia orang asing. Nak tahu kenapa dia balik Indonesia. Meh, aku khabar kat korang. 

...
Selepas habis waktu study , aku menelefon keluarga aku. Tiba-tiba saja, aku mendapat berita bahawa ,kerajaan telah mengetatkan kawalan pekerja asing. Pekerja-pekerja itu harus melakukan pemeriksaan kesihatan dan merujuk kepada FOMEMA. Apa benda alah tuuu? Carilah sendiri. Mak aku kata, kak umi punya kesihatan tak diluluskan .Apa? Terus aku kata nak letak call sebab ada hal .Aku naik bilik. Aku nangis sendiri .

Sedih kan? 
...
Tapi mama dan ayah akan buat rayuan. Alhamdulillah ,lega aku. Tibalah pada 23.11.18.
Ada apa dengan tarikh tu? Meh sini aku cerita.

...
Hari itu merupakan hari terakhir sesi persekolahan tahun ini. Biasalah,mesti ade hari pelaporan kannn. Lepas dah selesai urusan dan keluar membeli barang kakak aku untuk asrama, (dia ade extra class utk persediaan spm taun dpn). Kitaorang meneruskan perjalanan. Dari Temerloh-K.Lumpur. 
...
Setibanya di KL, tiba-tiba sampai kat hospital pakar x-ray macam tulahh. Ade kat area setapak tu. Patutlah nak balik awal. Ada temujanji. Tiktok tiktok. Keputusan nya, tiada rekod penyakit pun.
...
Actually, no kali ke-3 kak umi buat medical check up. 

Result kesihatan :
1. Hormon orang mengandung. 
    What? Seriously? Kak umi tak berkahwin dan dia duduk dan tidur dengan aku !Aku rasa macam nak bagi pelakung kat doktor tu...

2. Ada kesan jangkitan TB 
    Nonsense !Family aku tahulah kesihatan dia. Tak da pun tanda-tanda yang doktor tu cakap. Doctor apakah ini?! 

3. Tiada penyakit dinyatakan. 

Ini aku puas hati. 

... 
Berapa hari lepas tu, aku dengan ayah serta kakak sulong ku pergilah ke FOMEMA. And the result is? Diorang ambik jugak result yang pertama dan kedua. Aisehh man.. Ayah aku dah usahakan sehabis boleh.. Tak dapat jugak. 

... 
Sebab itulah kak umi perlu pulang..

Sekian dari aku yang kuat membebel ni. .Tq sudi baca. 😊